Pengikut

Khamis, 31 Oktober 2013

81 Skim Perkhidmatan yang akan ditambahbaik

Dalam Bajet 2014, PM Najib Razak ada menyebut tentang penambahbaikan 81 gred penjawat awam. Bernama melaporkan, KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim tersebut akan dikeluarkan pada November 2013 dimana penjawat awam berkenaan diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan. 


Semua skim dibuat kajian semula dengan melibatkan semua termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha, kata beliau.


Berikut adalah senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam

[sumber tak dinyatakan] yang dinaiktaraf.
 


 


Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia


Semoga dengan penambahbaikan dan peningkatan gred berkenaan, mengembirakan penjawat awam terlibat. 



Sumber :FB



Jumaat, 25 Oktober 2013

Tahniah DATO' Rossa

 Tahniah buat penyanyi Rossa dapat Gelaran DATO' uolssssssssssss!!!
ko hadoo?? ahaksss3!!
Sempena hari Keputeraan Sultan Pahang semalam di Istana Pekan PaHang...

tak caye?? meh tgk gambar2 beliau yang hadir menerima anugerah itewwww...

credit to: instagram itsrossa

 




K baiii!!:P


Khamis, 24 Oktober 2013

Bendang dan Pantai

siapa yang cintakan kehijuannnnn sawah padi yang luas terbentang????
terapi mata uolssss!!... damaii... tenanggg... sejuk je perasaan, seluas saujana memandang... burung2 bebas berterbangan.. hahaha mula dah dia tu...

Lupakan kota batu buat seketika... Hai Kampung Girl! :P

subhanallah saya suka suasana begini...
saya rindu nak berlari2 di atas batas2 ini...
tapi ini sawah org kak oiiii... hahaha...

Lokasi: Parit 1 Barat, Sungai Besar


Saya juga pencinta keindahan pantai...


xcited dapat naik buaiiii.... kompom tak putuihhhh hokehh!!
(saya tau saya beratt :P)

Lokasi: Pantai Bagan Sekinchan, Selangor


Rabu, 23 Oktober 2013

Hari Raya Aidiladha 2013

Maleh nak taip boleh?? uolss layan gambaq aje? hahaha kejamssss plak rasa kan....baik tgk gamba2 kat FB/insta je cukop... :P

ok! tahun ni giliran raya kat Kampung suami... Sungai Besar, Selangor

raya yang biasa2 saja, berkumpul adk beradik, masak2 makan2 dah setel!
baju melayu hubby yang hampir2 tertinggal kt KL..
dia kata ok ape g sembahyang raya pakai t-shirt ngan jeans je??
kahkahkahh... buat laaa kann
adik beradik ipar duai





petang weolss cabut balik kl... uiiii tak sanggup nak redah jemm uolsss.... skang ni asal cuti jek jemmm.. asal weekend jek jemmm...byk kete... agaknya dorg ni blk kg tiap2 minggu kot ekk!
baguss tu amalan mulia ;)



Rabu Tanpa Kata




Lokasi: Bendang Sekinchan, Selangor
Photo: by Acotzzz Photog


Rabu, 25 September 2013

Detox day 1

sape dah tryyy buat detox ni??? 

yeayyyy saya dah cuba... start isnin hari pertamaaa.... tapi tak cukop bahan, epal hijau takde plak... alahaii.. jumpa lemon dgn timun jek.. takpe laa blasahhh!

ahad malam start rendam bahan2 tu semua dan simpan dalm peti ais:

1 liter air
1bj lemon, tp terbuat 1/2 biji... hehe
1/2 btg timun
then simpan smlman dlm peti ais...

esoknya bawa g opis...

burpppppppppppp??? hehehe rasa?
takde laa teruk  sgt... just masam2 sket...pahit2 sket...
dh tak berapa nk sejuk baru minum...
dan kesannyaaaa.....



haaa kannn... 

takde laa smp pedih montotttt punn... smooth jek... dun worry lah...
takde sakit perutt cam ceri berii tu heheehehe...

selamat mencuba ye!

saya ni masalah susah memmmmbuuu*&^*....

kalo dh bis boleh tambah air lagi... saya buat utk 2 hari baru tukar buah2 baru...

bai!

Ahad, 22 September 2013

Suamiku Encik Perfect 10

Astro Movie akan datang di adaptasi daripada sebuah Novel Suami Ku Encik Perfect 10! tak tahu bila akan ditayangkan... tunggu je laa

Saya sebanarnya terjumpa gambar novel ni dari insta Lisa Surihani, lepas tu terrus gugel dan terus beli! hahaha semangattt kan! dorang kata ceta ni best giler.. harap2 cerita dalam novel ni sama dlm movie tu nanti....

smlm beli dan smlm gak start bacaa.... awal2 baca dh best...dah ada watak2 romentik kelakar... tak sabar nak habiskan... hehe


 siapa pelakon2 nyaaa????


1.Aaron Aziz sebagai Zariel Daniel
2.Lisa Surihani sebagai Aleeya
3.Syazwan Zulkifly sebagai Syed Muzaffar
4.Jasmin Hamid sebagai Puan Yazmeen
5.Normah Damanhuri sebagai Toh Puan Zaharah

watak Azura je saya tatau siapa?


waaaaawaaaaa Aron ajiss as HERO dan Lisa as Heroinnn.... saya rasa kalo drama bersiri lagi besttt ni kannn...
 saya dh boleh bayangkan watak Jasmin Hamid (Pn Yazmeen) jadi ibu kepada Lisa (Aleeya)
memang sessuaiii sgt kott.. 
Watak Hero Aron Aziz (Zariel Daniel) sebagai 'suami seminggu' hahaha mmg romentikk habiss 
Tok Puan Zaharah yg garanggg dgn loghat utaraa noooo
 dia ni pun sesuaii kot jadi Syed Muzaffar 'Far' yang telah mebghancurkan 'hidup' dan masa depan Aleeya

siapa laa yng jadi tunang Zarief Danial - AZURA tu eh?

SINOPSIS:

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. 
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selamat Ulang Tahun Sayang....