Khamis, 11 September 2014

Fenomena Chia Seed / Biji Chia

Bagusnyaa daripada tak tahu, sekarang dah jadi tahu.... sekarang dah jadi fenomena amalkan chia seed ataupun biji chia ni... sharing is caring...

'Makan untuk kesihatan, makan untuk masa depan
Biji Chia, makanan sihat yang semula jadi' 





Makanan semula jadi yang sihat – biji chia

Sejak berkurun-kurun dahulu, biji Chia telah menjadi salah satu makanan utama Indian Amerika barat daya dan Mexico. Biji Chia yang membekalkan tenaga dan menahan lapar menjadikannya terkenal dengan nama 'makanan jarak jauh'. 10 tahun kebelakangan ini, saintis Amerika mendapati nutrien yang dibekalkan oleh biji Chia adalah sama dengan saranan nutrien yang harus diambil oleh manusia yang dicadangkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Di samping itu, pakar pertanian dan pakar nutrisi di Amerika turut mengeluarkan buku-buku tentang biji Chia, memperkenalkan rahsia dan keistimewaan biji Chia, justeru menjadikan biji Chia semakin diterima dan diguna oleh orang ramai sebagai makanan untuk kesihatan dan juga makanan semula jadi yang sihat untuk mengurangkan berat badan.

Kandungan nutrien biji chia

Omega-3:Omega-3 merupakan unsur yang tidak dapat disimpan dalam badan, oleh itu, pengambilan setiap hari adalah diperlukan untuk memastikan sistem badan berfungsi dengan normal. Biji Chia mempunyai kandungan Omega-3 yang tertinggi, setiap 100g biji Chia mengandungi 19.3g Omega-3. Kajian mendapati pengambilan Omega-3 dalam jangka masa panjang membantu meningkatkan tenaga badan, menggalakkan pengaliran darah, membantu pembekalan oksigen dan nutrien, menyingkirkan toksik dalam badan, memperbaharui sel-sel badan, dan secara keseluruhan memperkuatkan sistem imunisasi. DHA juga merupakan unsur berkhasiat yang dapat meningkatkan aktiviti otak, ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih cerdik, memperkuatkan lagi ingatan orang dewasa dan membantu mengelakkan tekanan.

Vitamin B:Biji Chia adalah sumber vitamin B yang baik, kekurangan vitamin B akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan strok. Kandungan vitamin B3 dalam biji Chia adalah lebih tinggi daripada jagung, soya, beras dan biji Safflower.

Boron: Boron merupakan elemen kecil yang boleh membantu penyerapan kalsium, justeru membantu dalam pertumbuhan tulang, mengelak dari osteoporosis dan arthritis. Pada masa yang sama, ia juga boleh menyeimbangkan penghasilan estrogen. Selain itu, biji Chia juga mengandungi kalsium, kuprum, magnesium, kalium, besi, zink dan fosforus yang amat diperlukan oleh badan manusia.

Protein:Biji Chia merupakan makanan yang berprotein, kandungan proteinnya adalah lebih tinggi daripada biji dan gandum yang lain. Kandungan protein dalam biji Chia adalah 19%-23% berbanding dengan beras yang hanya 7%-16%.

Asid amino: Biji Chia mengandungi 18 jenis asid amino, selain daripada 8 asid amino yang diperlukan oleh badan manusia, ia mengandungi asid amino yang anti kegemukan dan asid amino pembakaran lemak. Asid amino yang anti kegemukan akan meleraikan lemak dan menghalang penyerapan sebaik sahaja ia memasuki badan manusia. Manakala, asid amino pembakaran lemak membantu meleraikan lemak terkumpul.

Serabut: Serabut boleh memperbaiki penyakit kencing manis, mengelak penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain. Serabut menambahkan masa untuk penghadaman usus kecil, melambatkan penyerapan glukosa dan penyerapan kolesterol.

Anti-oksidan: Anti-oksidan biji Chia boleh menyekat lemak, protein dan radikal daripada dioksidakan. Anti-oksidannya adalah lebih hebat daripada vitamin C atau vitamin E.

Fungsi biji Chia
Membantu mengurangkan berat badan: apabila terkena dengan air, biji chia boleh mengembang 12 kali ganda ke atas, kemudian terbentuk satu lapisan gel dalam perut untuk melambatkan penyerapan bahan karbohidrat. Biji chia menghasilkan rasa kenyang dan pada masa yang sama teurs membekalkan tenaga untuk mengelakkan segala kesan sampingan daripada proses mengurangkan berat badan.

Mengawal penyakit kencing manis: gel biji chia akan memanjangkan proses penghadaman, keadaan ini membantu untuk mengekalkan aras glukosa, mengelakkan peningkatan kandungan glukosa, ia juga membantu untuk mengawal penyakit kencing manis.

Memperkuatkan jantung: Asid Eicosapentaenoic (EPA) dalam omega-3 berkesan untuk membersihkan saluran darah dan mengelakkan penyekatan saluran darah, manakala serabut yang tinggi juga membantu untuk mengelakkan penyakit jantung.

Membekalkan tenaga: biji chia yang telah menyerap air lebih mudah dihadam dan diserap supaya nutriennya cepat digunakan oleh sel-sel badan. Biji chia yang penuh dengan air juga boleh menyeimbangi elektrolit, mengelakkan dehidrasi. Ia amat membantu untuk kesihatan ibu mengandung, ibu yang menyusu, olahraga dan pembina badan.

Melambatkan proses penuaan: omega-3 dalam biji chia bukan sahaja anti oksidan, malah boleh meningkatkan ketegangan kulit dan mengekalkan wajah muda.
Menyelesaikan masalah sembelit: serabut yang tinggi dalam biji chia membantu menyingkirkan toksik badan, dan menggalakkan metabolisme.

Keistimewaan biji Chia
Kandungan Omega-3 adalah 8 kali ganda daripada ikan Salmon
Kandungan kalsium adalah 6 kali ganda daripada susu
Kandungan zat besi adalah 6 kali ganda daripada sayur bayam
Serat makanan adalah 9.8 kali ganda daripada beras
Kandungan kalium adalah 2 kali ganda daripada pisang

Penggunaan biji chia yang mudah
Tuangkan 1-2 bungkus biji chia ke dalam gelas, kemudian tuangkan 250ml air suam atau jus buah-buahan. Selepas mengacau, biarkan selama 10 minit, ia bleh dimakan apabila gel biji chia terbentuk.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan