BAHAN- BAHAN :-
5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
2 sudu butter
Kismis ( beli je 1 kotak kecil )
CARA- CARANYA :-
Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh..den guna blender yooo hahahaha... pemalasss ler tu)
lepas tu, masukkan susu cair, kacau sekata.
Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh) susun dalam loyang
kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis. - saya guna buah kurma je
Kukus selama 20-25 minit.
SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanila.
CARA-CARA
Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul.
biar kan sejukkk... thennn bley ngapppp
nomm nommm nommm..