Pengikut

Ahad, 16 Mac 2014

Resepi Fritata telur

Ramai yang rekuess nak resepi Fritata saya ni... nampak menarik walaupun campak2 ikut sukahatikk saya je ni... meh saya share kat sini.. resepi sebanar saya tatau sebenarnya.. hahaha bajet kenkunon pandai... hahahaha blasahhhh je kalo x sedap jgn marah tauu ;P

untuk versi Diet ATKINS

Bahan A:
1. isi ayam (boleh gantikan dgn udang/daging cincang)
2. bawang merah3. bawang putih
3. cili api (ikut suka)
4. serbuk perasa megi secukop rasa/garam (ikut suka) jgn lebih sgt tauu.. diet kannn :P
5. minyak/butter

Bahan B:
1. Cauliflower - rebus hingga lembut
2. sayuran bayam/brokoli (ikut suka)

Bahan C:
1. Telur ayam (dipukul) ikut suka byk mana
2. Cheese 
3. Italian herbs (ikut suka)

Cara:
1. Panaskan myk dan tumis bawang merah+putih+serbuk perasa+cili, masukkan ayam dan goreng hingga masak. Panaskan butter sket dlm magic pan, masukkan telur yang di pukul sikit utk layer kan.. masukkan bahan B..then masukkan Bahan A yang dah masak tadi. Masukkan telur hingga habis...pastu taburkan italian herbs. Tutup dan masak dgn api perlahan, pastu terbalikkan pan tu. Last seblom hidang taburkan cheese. Siap!! nak senang campurkan semua bahan2 tu skali pun boleh...




untuk versi tak diet:

hanya tambahkan kentang jek..



selamat mencuba..

Rabu, 19 Februari 2014

Menu & Resepi makanan Atkins: Egg Wrap with Chicken Cheese

 lamaaa tak update!! sorryyyyyyyyyyy....

Alhamdullilahh dah nak masuk 2 bulan dengan Atkins ni... Tapi dah kantoi lagi 3 hari lerr... hahaha.. dok otel makan sedap2 oiiii sib baik berat tak naik.. Alhamdulliillahh

Hari ni saya start RE-INDUCTION

Resepi: Egg Wrap with Chicken Cheese 
(resepi asal dpt dari KDA)

1. Isi ayam potong kecik2
2. bawang putih & merah hiris/cincang
3. serbuk secukup rasa sikit (jgn letak byk2 sebb nanti masin sgt)
4. Daun Sup
5. Serbuk kurma
6. Cili api cincang

Gaul semua bahan2 tersebut then panaskan kuali dan skit myk. Masukkan semua hingga masak. lepas tu angkat dan asingkan.

Pukul telur 3 biji dan masak cam telur dadar... jgn balikkan.. biar dgn masak dgn api perlahan, dah hampir masak masukkan ayam tadi.. hiris2kan cheese kemudian wrapkan! Siap!!!


 Day 40++ (x terkira plak dah hihi)
ramai tanya camne nak kempiskan perut... senangg jekkkkkkkk
tarikk napassssssssssss jgn lepass... hahahahaha
okkkk3! tipu jek...
rahsia dia diet ATKINS lorrr..
dlm gambar tu saya tak pakai girdle2 tauu.. maklumlaa dok otell nak makan byk2 sedap2 nt tak muatt
hahahaha...

sekian, nt ada resepi menarik saya share2 lagi


Rabu, 5 Februari 2014

Menu & Resepi Atkins


 Egg Cheese Tart versi atkins:

 Bahan:
1. Pukul telur 2-3 biji (ikut suka) - asingkan
2. Kobis hiris halus2 + Tuna/udang/ayam (*ayam tu goreng dulu)
3. Rebus cauliflower hingga lembut..lepas tu lenyekan buat macam kentang tu
4. serbuk italian herbs
5. serbuk sedap rasa sikit
6. cheese 
(nk letak daun bawang pun boleh...ikut suka)

Gaulkan bahan no. 1 hingga 5

Cara:
1. panaskan magic pan... letak butter sikit dan masukkan telur yang dah dipukul tadi dlm bekas aluminium (jgn penuh sgt). lepastu masukan bahan2 lain (no. 1 hingga 5). biarkan hingga masak... sebelum angkat letakkan cheese atas tart tadi... biarkan 1-2 minit lepastu baru angkat... siap!! nak pedas2 letak cili api... marbelessss uolsss hihihi

 makan dgn sos nandoos


 Chicken Egg Cheese versi atkins

Bahan:
2 biji telur (untuk buat telur dadar) ikut suka nk bp biji
isi ayam
serbuk kurma ayam
Cili api hiris2
serbuk secukup rasa megi sikit (jgn byk sgt sebb ianya sgt masin)
Mayonis kewpie
daun bawang 
hiris bwg putih +bawang merah sikit
Cheese
*(gaul ayam dgn serbuk kurma+secukup rasa+daun bawang+cili api)

boleh ubah guna serbuk kari... ikut suka ye!

Cara:
tumis bawang...masukkan ayam dan goreng hingga masak. Asingkan. Goreng telur dadar... kemudian letakkan ayam, mayonis sikit dan cheese atas telur dadar tadi... kemudian lipat telur dan potong dua... siappp!!

my lunchbox

Happy Atkins uolsss....
Baju ni last pakai tahun 2010... lepas tu mmg tak leh sarung dahh...huhuhu
lepas 3 minggu atkins.. Alhamdullilahhhh
cam tak caya 


Selasa, 4 Februari 2014

Atkins after 31 days

Alhamdulillahhh...

yeayyyy diam tak diam dah sebulan buat atkins.... masa mula2 start dulu rasa tak sbar sgt nak tgk result selepas 2 minggu... pastu sebulan...dan seterusnyaaa...

Alhamdullilahhh... Terima kasih Allah sebab berikan saya kekuatan dan kesabaran... tak kisah lah sapa2 yang nak komen nak kutuk.. nak perli2 apa yang saya buat selama ni... dah lali dah... heyyy.. SEBENARNYA dorang CEMBURU okeyyy.... lalalalalaaa... sebenarnyaaaaa laa kan... hihihi... think positive... saya tak kacau dorang... bukan duit dorang pun... hehehe!

macam mana nak cari semangat?... saya hari2 buka FB Kelab Diet Atkins... kat situ byk tips banyak resepi... dan macammm2 adaa... bila tgk gamba2 org2 yang berjaya lagiiiiiiiiiiiii laa saya bertambah2 semangatt! saya pun nak jadi macam dorangg...

Bukan mudah nak lawan seribu satu macam perasaan... cuba fikirkan... selama bertahun2 kita hidup ni.. xkan tak puas2 lagi nak melantakkk makan macam2 tu? pastu org badan besar ni... usia baru 30 dah nampak tua cam umur 56thn??? ngeri tak??... memang pedass ayat tu... jadikan motivasi dalam diri... bukan nak cantik.. tapi nak hidup sehat.. selesa... cantik itu BONUS dari yang Pencipta...


Contoh menu yang saya ambil hari2:

Bangun Pagi:
1 sudu cuka kurma + 1 gelas air suam

Sarapan:
scramble eggs + isi ayam +ikan dgn salad
(ikut suka hati nak mkn byk mana...bp biji telur.. biasa saya buat 2..3 bj)

Makan Tghari:
ikan/ayam grill + salad

Malam:
chicken/beef patties + salad

Air 3-4 liter sehari

*menu tu boleh tukar2...sebb takot jemu plak kan...
- Nasi goreng kampung dgn ikan bilis goreng
- tart telur dgn tuna 
- sup cauliflower 
- salad + sushi telur +ikan salmon grill

Setiap hari saya bawa bekal ke ofis... masak sendiri sgt puas hati dan kenyang... menu tukar2 ikut suka... nak seribu daya kan... set minda kita diet ni mudah je...


 Tart telur Tuna Cheese 
 sup cauliflower
nasi goreng kg cili api

Resepi saya share nest entry ye!!

tungguuu...






Jumaat, 10 Januari 2014

Menu & Resepi makanan Atkins

 Alhamdullilah.. akhirnya dah hari ke 9 dah melayari bahtera dunia Atkins ni... dan ini adalah sejarah dalam hidup saya... sebabbb??? hahahaha... sebb saya mampu bertahan hingga hari ke 9 dah... (FASA 1) seblom2 ni jgn harap laaa... memang KELAUTTTTTTTTT hancusssss nangesss uolss hihi

Alhamdullilah setiap hari ada penurunan.... waaaaa benci tauu penimbang ni... bako karang... hahahaha.. #acahjertu#

saya share resepi yang simple2 ni dulu ek.. alaa bodo2 jek... yang xklusif2 tu nanti2 laa saya belum try lagi.. Insyaallahh NEXT!! sure ada yang nangesss tgk gamba kat FB & Insta nanti hihi


 Telur 4 biji
cili api 4 biji
isi ayam goreng/grill ( tak kisah laaa janji isi ayam ni dah masak)

pukul telur+cili api then masuk dalm kuali (magic pan)
pastu campak ayam...kacau2 sampai masak

makan dengan mayo kewpie! - low carb!

 Telur 3-4 biji
cili api 4 biji
pukul then masuk dalm kuali buat scramble egg

goreng ikan bilis dan tabur atas telur tadi

siappp!!


ikan keli grill
perap ikan dgn kunyit+garam sket+italian herbs sket
pastuuu campak dalm magic pannn..
siappp!!
makan dgn sos nandoss  hot peri-peri - low carb

salad tu wajib bagi saya setiap hari....
i like!

bila diet ni tiba-tiba kita jadi kreatif tauu...hehe

ok done!


4 Fasa Diet Atkins


ni sebenarnya untuk panduan diri sendiri... takpe saya share dgn korang, mana tau ada yg nak cuba kan...
 


DIET ATKINS FASA 1-4

Diet Atkins terdiri daripada fasa. Jumlah karbohidrat bersih yang anda makan setiap hari berbeza-beza berdasarkan fasa.

Fasa 1 –
 Induction. Ini adalah bahagian yang ketat diet. Anda mesti MENGELAKKAN semua:
nasi
buah
roti
bijian
berkanji
kuih-muih
sayur-sayuran (kecuali yang rendah carbs)
Produk tenusu (kecuali keju dan mentega)
alkohol
Anda makan hanya 20 gram karbohidrat bersih setiap hari. Itulah ketara kurang daripada syor FDA 300 gram karbohidrat setiap hari.
Matlamat fasa 1 adalah kepada keupayaan badan anda untuk membakar lemak. Dan kerana anda kehilangan berat badan yang paling banyak semasa fasa ini, ia direka untuk memberi motivasi kepada anda untuk berpegang dengan diet.

Fasa 2 – 
Berat badan berterusan (OWL). Semasa fasa 2, anda perlahan-lahan menambah beberapa karbohidrat makanan keseluruhan kembali kepada diet anda, seperti:
setiap minggu tambah 5g carbs menjadi 25g, 30g, 35g, 40g, dan 45g sampai berat lembab nak turun…turun mungkin dalam 500g seminggu or less…
 beri
kacang
yogurt
 
Anda boleh makan di antara 25 dan 45 karbohidrat bersih setiap hari. Fasa 2 berlangsung sehingga anda kira-kira 10 paun dari berat badan yang diingini anda.

Fasa 3 – 
Pra-penyelenggaraan. Semasa fasa 3, anda terus menambah pelbagai karbohidrat kepada diet anda, termasuk lebih:

nasi (kuantiti sedikit)
Buah-buahan
berkanji
sayur-sayuran
bijirin (oat,cereal)

Anda boleh makan 50-70g karbohidrat bersih setiap hari. Fasa 3 berlangsung selama sekurang-kurangnya sebulan selepas mencapai berat badan anda kehendaki.

Fasa 4 – 
Lifetime penyelenggaraan. Sebaik sahaja anda mencapai berat badan ideal anda, anda terus makan yang kebanyakannya diet rendah karbohidrat (75g + karbohidrat bersih sehari) untuk hidup. Pada masa ini, anda perlu mempunyai idea yang baik berapa banyak karbohidrat yang anda boleh makan untuk mengekalkan berat badan anda.



Khasiat Cuka Kurma (KHAL)



APA ITU KHAL? 
 
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

  Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
  
Kandungan Cuka Kurma:-
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit).

Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

jomm amalkan.... hehe



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selamat Ulang Tahun Sayang....