Pengikut

Sabtu, 6 Julai 2013

Resepi: Puding Milo Oreo

ramai plak yg berkenan bila tgk puding ni kan... okkk laaa saya share resepiiii 

resepi niii dikongsikan daripada cik adek manes ni SHUUUU
thankk yanggg... hehehe...
1bungkus agar-agar
air (sukat guna botol air mineral yg besar tu..pastu tambah lagi 1 cawan
170grm gula
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo n
CARA2
Panaskan agar-agar bersama air hingga larut, pastu masukkan gula.. kacau dan biarkan gula larut pastu baru masukkan susu cair hingga mendidih.
Asingkan dlm 4 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati.
Tuangkan 2 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya )
Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
Selamat mencuba.
TIPS UNTUK MELAPIS
Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dapat melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..


siappppp....

sebenarnya saya tuko biskut oreo ke muncy's tuu sebab oreo takde la plakk...
kureng sedappp.. oreo terbaikk uolss jgn tukar2 tauuu... hehehe

selamat mencuba...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selamat Ulang Tahun Sayang....