Pengikut

Rabu, 6 November 2013

Resepi Nasi Ayam Paling Sedap

mesti cuba uols!

sentap betul dengan harga nasi ayam sekarang ni.... nak murah tapi sikit, tak sedap, sup macam air hujan pun ada... nak mahal pun sikit jugak... meh cuba resepi nih... kalahhh nasi ayam kat Restoran TAT tu haaa.. hihihi dulu nasi ayam spesel dia RM8 skang dh naik RM9..

resepi ni pun saya gugel... hehehehe...tapi saya ubah sikit2 

Nasi Ayam Istimewa
credit to: Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk


Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan - yang ni saya tak letak pun

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk. (saya tambah sket serbuk perisa maggi)


Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.  

untuk ayam ni.. saya just perap dlm 5minit je...letak madu sikit, then saya grill...

Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter - tak guna butter.. guna minyak je
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning - pewarna kuning takde so saya letak serbuk kunyit sikit je

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 


Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih - bawang putih letak 1 atau 2 biji je sebab saya tak suka sgt bau dia kuat nt...
2 cm halia
1 sudu teh cuka - tak letak pun boleh
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

yang ni saya letak baki perapan ayam td... sedapppsss!!

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 




tadaaa siappp!!!

nasi nampak hancur/lembik ekk..sebabbb tak sabar nk makan dah... tutup api terus angkat
bagi saya memang sedappp sesangattt...huhuhu...
nak cantik lg3 sedap guna beras wangi...
walaweiiii... fitamsss huhu


selamat mencuba!


1 ulasan:

fatimah berkata...

Assalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selamat Ulang Tahun Sayang....