Pengikut

Selasa, 17 Mac 2015

Fenomena Bento, Lunch Box, Bekal

 Fenomena membawa bekal ayat sedap BENTO/LUNCH BOX (hihihi) ke sekolah/opis adalah fenomena biasa sebenarnya cuma kita ni jarang-jarang nak pratikkan... senang je... nak seribu daya kan.. Haritu saya cabar diri saya nak berbento sebulannn... hahahaha... pastu sehari je update blog...yang lain2 semua kelauttt... a.k.a malas :P

Bawak bekal ke opis sebagai langkah penjimatan, jimat cermat gitew... pastu kita akan rasa satu kepuasann sangat2... sebab citarasa tekak sendiri kan. Alhamdullillah suami pun saya buatkan bekal hari-hari ke opis....sebab takmoo hari2 dia makan nasi lomak hahahaha...(tipuuuu) nanti moncit dan berpenyakittt! lalalalalalaa...

lagi satu saya tanak stress2 bila time lunch menjelma! sebab kat cafe kat tempat keje ni banyak masalahnyaa... menyakitkan hati aduiyaiiii malas nak ceta laaa... sehari bawa RM10 pun x cukop!

Setiap hari pukul 5 pagi saya akan bangun masak untuk bekalan ke opis! mula2 je rasa ishkkk so malassssssssssssssssssssss... tapi lama2 Alhamdulillah... dan jimatt sehari RM20 suami isteri ;)

bekal2 saya semuanya ala-ala western uolssss... no nasi lemak, nasi goreng bagai... NO NO NO!! fatttttttttt okeh... ahaksss (nak selimmmm plisss)



 



 Bekal Inisiatif terbaik, dapat jimat

IRONINYA, membawa bekal ke pejabat bukanlah pilihan utama mereka yang bekerja. Bagi mereka, ia leceh dan buang masa, tetapi hakikatnya, membawa bekal adalah inisiatif terbaik kepada individu berkerjaya kerana dapat menjimatkan duit selain kualiti kebersihan sudah pasti terjamin.

Biarpun ada yang beranggapan membawa bekal ke pejabat sebagai remeh dan membebankan, tetapi ia banyak manfaat. Tidak kisahlah makanan itu diletak di dalam bekas plastik, mangkuk tingkat, asalkan ia dimasak sendiri, dan bukannya dibeli.

Di sebalik individu yang lebih suka 'makan luar', ada kumpulan pekerja khususnya yang merasakan membawa bekal bukanlah suatu yang sukar kerana hasil air tangan sendiri.

Sudah pasti sedap dan tahu khasiat terhadap menu yang disediakan. Bekal yang dibawa adakalanya bukan untuk dimakan seorang diri, malah dikongsi bersama teman-teman sekerja yang lain, secara tidak langsung akan mengeratkan silaturahim.

Ditambah dengan kekangan harga barang naik serta kos sara hidup yang semakin tinggi antara faktor mengapa perlunya membawa bekal ke pejabat terutamanya di kawasan bandar.

Harga untuk bersarapan sahaja mencecah RM5 manakala untuk makan tengah hari pula sekitar RM10. Jika membawa bekal, kita bukan sahaja boleh berjimat malah
dapat menjaga alam sekitar kerana tidak menggunakan kertas atau plastik serta polistirena.

Makanan seimbang untuk keluarga

Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Jering, Jeli, Noorzariah Yusof berkata, sejak berkahwin, dia dan suaminya, Zamzurimi Sudin, membawa bekal ke tempat kerja kerana mengutamakan kualiti makanan.

Sudah menjadi rutinnya, bangun seawal pagi untuk memasak. "Sebelum tidur, saya menyediakan bahan masakan dan bangun pagi hanya memasaknya sahaja. Saya akan pastikan bekalan makanan kepada ahli keluarga saya cukup zat antaranya karbohidrat, protein dan buah-buahan.

“Saya tak anggap bekal membebankan kerana ia kerelaan saya untuk keluarga makan makanan yang saya masak. Ia sudah pasti bersih, seimbang dan secara langsung, kami dapat berjimat. Saya peruntukkan RM100 untuk beli barang keperluan dapur . Berbanding membeli makanan di kantin dan kedai berhampiran, ia agak mahal,” katanya.

Guru Pendidikan Islam ini amat menitikberatkan makanan Sunnah kepada keluarganya.

“Saya gemar memakmurkan makanan Sunnah dengan meletakkan habbatussauda yang boleh meningkatkan sistem imuninasi badan. Sebelum keluar bekerja pada jam 6.30 pagi, saya akan pastikan bekal tersedia untuk ketiga-tiga anak saya," katanya.

Suaminya juga tidak malu membawa bekal. "Masa rehat dapat dimanfaatkan untuk berehat dan bersolat. Saya aktif dalam Kelab Bento Malaysia yang menyokong usaha membawa bekal ke tempat kerja dan sekolah," katanya.

Hazliana ‘hantu dapur’

Menjawat jawatan sebagai Pegawai Pelancongan di Tourism Malaysia Johor, tidak menghalang Hazliana Hazrah Abd Kadir untuk memasak.

Mengakui tugasan hariannya agak mencabar dan bekerja dalam keadaan tidak tentu masa. Katanya, memasak adalah perkara yang paling digemari kerana hingga digelar ‘hantu dapur’.

Sejak memulakan kerjayanya pada akhir 2008, Hazliana membawa bekal ke pejabat memandangkan sukar mencari kedai makan di sekitar Putrajaya.

“Pada mulanya, saya seorang sahaja membawa bekal ke pejabat. Kawan-kawan kerap mengajak keluar makan tetapi saya menolak dengan baik dan menyatakan saya ada bekal.

“Kemudian, seorang kawan turut mengikut jejak saya membawa bekal dan makan bersama-sama. Jika ada kelapangan, saya membawa pelbagai jenis makanan dan kami makan secara berjemaah,” katanya.

Walaupun mula-mula, saya makan seorang diri, kemudian seorang rakan mengikut jejak, lama- kelamaan, ramai rakan-rakan di pejabat membawa bekalan masing- masing.

"Waktu rehat kami meriah seolah-olah ada potluck. Bukan sekali-sekala, malah ia berlaku setiap hari.

“Alhamdulillah, bawa bekal menjimatkan, terjamin kualiti kebersihan dan khasiat serta mengeratkan silaturahim. Antara makanan ialah nasi berlauk, mi rebus, mi kari dan sebagainya,” katanya.

Suaminya yang bekerja sebagai jurutera di syarikat swasta, Mohd Fitri Alif juga suka membawa bekal.

“Saya sediakan bekalan makanan untuk sarapan dan makan tengahari. Sarapan selalunya saya buat nasi goreng, roti telur dan roti bersama sosej. Makanan tengahari pula adalah nasi, lauk berkuah, sayur dan sebagainya,” katanya.

Katanya, membawa bekal beri kelebihan kerana ia jimat. “Saya peruntukkan RM50 untuk beli barang masakan untuk seminggu,” katanya.

Masak ikut selera

Seorang kakitangan awam, Siti Najwanis Zainun berkata, membawa bekal makanan ke pejabat memberikan kelebihan kepadanya untuk memasak mengikut seleranya.

“Makanan di kedai tidak kena dengan selera seperti terlalu pedas, masin dan tawar. Jika kita memasak sendiri, kita dapat menentukan selera kita,” katanya.

"Biasanya, bekal saya mudah dimasak dan ringkas sahaja antaranya nasi putih, lauk berkuah dan sayur dan buah-buahan," katanya.

Adakalnya Siti Najwanis hanya menggoreng bihun atau nasi goreng sahaja. "Ia bukan sahaja mudah disediakan tetapi menepati cita rasa,” katanya.

Tidak malu bawa bekal

Bagi pekerja swasta, Mohamad Ikhwan Mat Salleh berkata, membawa bekal adalah perkara yang disukai kerana Cara itulah dapat menghargai masakan isterinya selain menjimatkan.

"Saya akan membawa bekal tiga atau empat kali seminggu sebagai alternatif terbaik. Sebelum berkahwin, saya makan di luar dan perbelanjaan agak tinggi dan tidak pasti kualiti kebersihannya.

"Sekarang saya peruntukkan wang untuk membeli stok bahan mentah sahaja. Apa yang lebih penting, setiap bekalan yang dibawa adalah makanan kegemaran dan paling penting sesuai dengan cita rasa saya," katanya.

Mohamad Ikhwan berkata, membawa bekal memberikan manfaat kepadanya untuk menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan lebuh cepat.

3 ulasan:

dZah berkata...

seronok sbnrnya bw bekal ni..kat denmark ni majoriti bw bekal..yg Prof kat U suami pn bw bekal n mkn sm2..klu dah blk msia nnt nk konsisten sediakan bekal utk diri sendiri, suami n anak...jimat n sihat...
Follow my blog
http://hadizah.blogspot.com

adianiez AIDA berkata...

bagus nyer bgn 5 pagi.
aida bgn jam 5 pagi jugak.
sempat siap kan breakfast anak aje.
kul 7 da berlumba2 anta diorang skola :)

aida & asben x bw bekal.
sebab tghari balik umah :)
makan dgn anak2 kat umah.

Akak Kembang berkata...

mula2 mmg akan rasa penat tapi dah hari2 bawak macam best pulak kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selamat Ulang Tahun Sayang....