Salam.... boring laa entry pasal makan dan diet saja.... ;P jom story pasal jalan-jalan dan sejarah, walaupun saya benci sejarah... memang tak suka sangat2! tak suka nak ingat2 tarikh nama tempat semua bagai.... uhhh time sekolah memang sejarah paras hidung....hehehe... teruk kan? Tapi hubby adalah pencinta sejarah dan georgrafi kalau dia tanya saya pasal sejarah memang kene kutuk laa sebab tak tauu....wuhuuuuuuu....
23 Disember 2012, masa balik kampung hubby... masa ni memang tak tau nak buat apa bila FIL semua pergi kenduri... last2 saya ajak hubby... "apa kata kita pergi jalan-jalan ke perak" then hubby kata JOMM!! lajuu2 saya siap2 semua... dalam kul 10 pagi kami keluar. Asalnya hubby plan nak pergi 'PERAK MAN' lepas tu singgah ke Kellie's Castle.
PERAK MAN???? ape tuuuuuuu..... saya ni yg bute sejarah (fuhhhh x minat la tu) terus gugel sejarah 'PERAK MAN' tapi tak banyak info lah... maybe tempat ni kurang dikunjungi kot... ye perak man terletak di Lenggong Perak.... macam mana nak ke sana?? jommmm redahhh. Perjalanan dari Sungai Besar Selangor ke Perak tak de laa jauh sangat... lagi pun tak perlu lalu highway/tol semua tu.
Melalui jalan kampung cam gini amat menenangkan jiwa.... tiada jemm2 bagai
tengok bendang terbentang luas menghijau...damainya!
ok dah sampai perak tetiba kami sesat jalan....salah jalan pun iye... masa ni dah jam 12tghari. Alhamdullilah cuaca masa ni sangat cerah dan langit cantik mempersona ;) Rupanya dah jauh kami salah jalan, nak teruskan kene ikut highway pulak dah...kira cam patah balik pulak. Last2 hubby cakap kita ke Kellie's Castle je laa.... tak sampai 30 min pun boleh sampai...perjalanan ke Kellie's Castle amatlaa mengelirukan... hahaha cobaaannn je la.... Alhamdullillah akhirnya sampai.
Istana Kellie
"Misteri istana Kellie" - sumber hasil carian pakcik gugel
"Pemanduan selama 30 minit ke selatan Ipoh menghala ke arah Batu Gajah akan membawa anda ke Ladang Getah Kinta Kellas. Di tengah kehijauan rumput yang subur, tersergam sebuah istana impian separuh siap kepunyaan William Kellie Smith, seorang peladang berbangsa Scotland yang kaya-raya.
Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 ke atas istana besar yang mempunyai seni bina lain dari yang lain ini berhenti secara mendadak dengan kematian mengejut pemiliknya. Suasana misteri masih menyelubungi rumah besar yang menyeramkan ini. Adalah dipercayai istana ini juga mempunyai bilik-bilik rahsia dan terowong bawah tanah.
Setelah 67 tahun berlalu, khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini telah menguatkan lagi lagenda impian yang tidak kesampaian bagi William Kellie Smith. Lagenda ini jugalah yang telah memberi satu daya tarikan kepada istana ini untuk terus menjadi satu destinasi pengunjung yang bersejarah.
Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie's Castle sebagai kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi pelancong domestik serta luar negara. Pengarah Eksekutif Kellie's Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan khasnya serta Perak amnya.
Kellie's Castle adalah istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh seorang hartawan dari Scotland, Wiliam Kellie Smith di Kilometer 5.5 Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, dekat sini.Tajuddin berkata, penemuan pada minggu pertama Aidilifitri lalu mengubah senario Kellie's Castle yang terkenal sebagai kawasan pelancongan penuh misteri di negara ini. Beliau berkata, jika selama ini pengunjung yang datang hanya memberi tumpuan kepada bangunan istana lama terbabit, kini mereka juga tidak melepaskan peluang melihat pokok batai atau dagang yang mirip wajah beruang itu serta meninjau kawasan berhampiran.
Katanya, apa yang menjadikannya lebih unik hanya terdapat satu pokok yang nama saintifiknya Albizia di kawasan pelancongan itu dan ia berasal dari Brazil. "Kami dapat melihat rupa seekor haiwan menyerupai beruang seakan-akan memeluk batang pokok batai atau dagang yang besar itu."Pokok terbabit terletak kira-kira 50 kilometer dari Kellie's Castle dan dikatakan berusia lebih 40 tahun."Pihak pengurusan Kellie's Castle akan membuat satu papan tanda khas mengenai pokok itu supaya ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pengunjung Kellie's Castle," katanya.
Tajuddin berkata, Kellie's Castle menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama pada hujung minggu dan musim cuti seperti cuti umum atau persekolahan.Katanya, selain pelancong domestik dari negeri ini dan seluruh negara, ia dikunjungi pelancong luar dari Australia, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah lain serta Asia."Boleh dikatakan ramai yang datang dari United Kingdom, mungkin kerana Smith berasal dari Scotland," katanya.Kellie's Castle adalah istana lama yang dibangunkan sebagai lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes.
Bagamanapun, ia gagal disiapkan kerana kematian Smith pada 1926.Kellie's Castle yang diperbuat daripada batu bata merah dan marmar diimport dari India setinggi enam tingkat mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran."
sebahagian istana yang terbengkalai
'Koridor Misteri'
"Telah banyak diperkatakan bahawa di koridor ini
roh william kellie smith masih berlegar2 di sini"
'Main Hall'
Bilik Sembahyang
batu-bata yang dibawa khas dari India ini berusia 100 tahun
Koridor Misteri (tingkat 1)
' Misteri Bilik Helen'
(3rd floor)
Bilik Tetamu Kellie
Bersambung..... ;)