Pengikut

Isnin, 1 Disember 2014

Day 1: Cabaran Bento 1 bulan

Bento hari ini... (takde mood nak makan)


Buah-buahan dan overnight oats jer..
untuk bfast dan lunch...

Alhamdulillah overnight oats ni mmg kenyang sangat2..
sedap lak tuu ;)

#cabaranbento



Jumaat, 28 November 2014

Jom dapatkan Jeruk Mangga Asam Boi

 uolsss.... setiap hari AHAD pagi di Stadium Shah Alam di Pasar Tani Mega... dan DI GERAI AZURA FOOD (lokasi: bersebelahan derai capati, nasi dagang/nasi kerabu,berhadapan dengan gerai kerepek2 yang siap goreng panas2 di situ.. dan juga gerai selebriti TV3 yang jual bubur lambuk pandan)

Anda boleh beli Mangga Asam Boi dengan hanya RM5 jekkk 1 bekas ni



Lepas makan nasi lemak kukus ayam goreng pandan jangan lupa BELI Mangga Asam Boi tauuuu....

Cabaran Bento 1 Bulan

Selamat pagi uolsss.... sape nak join saya?? kita berbento ke pejabat selama 1 bulan.. mulai 1 Disember 2014 ni nakkk? saja-saja untuk cabar diri sendiri...

syarat-syaratnya.. setiap hari kene update gambar-gambar bento uolss lehh?



Bento hari ini... suami isteri, semalam pun bawak sama juga.. hari ni pun hubby rekues nak daging kicap lagi.. layaannnnnn
1. Nasi (beras perang)
2. Daging kicap & sambal mangga (telur dadar utk suami)
3. Overnight oats
4. Buah anggur

b/fast pagi: overnight oats (saya dah jatuh cinta sgt2 dah ni... sedappp)


Khamis, 27 November 2014

Resepi Over Night Oats yanggg emmmm dapp

 Assalammualaikum... lama giler tak update blog ni... skang dah jadi bisneswomen, so bzzzzz x ingatt... hahahahaha tipooooooo jekkk... alasan malas on laptop.. sebab kalo dah on laptop... otometik vontot melekatt je kat depan laptop tuuu... acanerrr? ;)

Hari ni rajin dan baik hati nak share resepi overnight oats ni.. kat gugel pun banyak resepi gak tauuu....

Overnight oat tu apa?




 1st time cuba... ermmmmm memang sedap.. saya suka sgt!

Bahan-bahan:
1. Organic Rolled Oats (kebanyakan dorg guna rolled oats) nk guna oats biasa silakan hehehe.. kat speedmart ade jual
2. Biji Chia (beli kat cosway)
3. Fresh Milk
4. Natural Yogurt
5. Madu
6. Kismis (boleh tambah kekacang ikut suka)
7. Buah-buahan (ikut suka.. anggur/kiwi/stoberi/pisang/mangga dll)


 ni laaa rolled oats tuuu...
Cara:
1. Isikan oats, chia seed dalam bekas.. sukat ikut suka byk mana ikut saiz bekas uols.
2. tuangkan fresh milk dan 2-3 sudu yogurt
3. tabur kekacang, kismis
4. masukkan madu
5. siapp dan simpan dalam peti ais 1 malammm


ni contohhhh lainn yang korang nak buat... boleh letak nutella...sirap stoberi/sirap coklat... (dah tak diet nama nyer niii hahahaha)

sebelum makan baru potong2 buah pastu masukkan sekali dan makan... ermmm dapppppppppppppppp!!!



psttt: saya tak buat diet atkins dah... hehehe.. now diet sendiri2... pandai2 laa kan nak kontrol..

ok bai... ;)

Isnin, 15 September 2014

Jemput datang Pasar Tani Mega Shah Alam

laiiii laiii adek kakak abangg pak caik makcikk atokk nenekkk sekeliannnnnnnnnnnnn....
jemput datangg ramaiii2 ke Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam pada setiap Ahad pagiii ye!!... Ahadd pagii... sape datang tghariii maappp laaa memang semua habiss licinnn dahhhhh...

ehh bila masa saya berniaga nii?? hahaha tetiba kannn... gerai ni kakak saya yang punya... saya tolong2 jer.. sambil2 cuci mataa.. kat sini macam2 adaa rambang mataa semuaa....

 ayam goreng pandan niii... goreng panass2 lagii
aaauuuummmmmmmmm.... dah makann siap tapau lagii gitu..
tak caye... meh laaa datangg...

nasi lemakk kukus
nasi berlauk...

nyammmmm3

antara menu yang adaaa.....
 sambal kerang
 pucukkk ubi tempoyak petai
 sambal ikan bilis petai
 ikan keli masak lemak cili api + belimbing
 gulai daging+rebung

dan macamm-macam lagiii...

jemputttt ye!

Khamis, 11 September 2014

ini mungkin... ye mungkin?

ramaiii nauu yang tanyaa.... jawapanya kena laa membacaa... saya baru je amalkan start 25 ogos arituuuu.... baru masuk 3 mingguuuu.... tujuan utama sebab khasiat dia bagus utk kesihatannnn.... DIET ATKINS lak baru hari ke 3.... tetiba turun byk?? sebab chia seed? wallahualam... lain org lainnn badann lain tindakbalasnyaa... saya tak cakap korang g laa makan chia seed kalo nak turun 2kg sehari .... aje gilerrr tak pasall den kono kutukkkk kaww2 kangg...

sharing is caring kannn...

 
ini mungkinnnnn laaaa... mungkinnnnnn... tak kata 100% punn takdeee... nanti kang ada yang buat ceritaaa saya buat diet atkinn amekk chia seed ni haaaa sehari turun sampai 2 kg??? NOOOO NOOOO.... cumaa ini mungkinn kebetulannnn sahaja.... chia seed pun ada carb gakkk.... awassss korang hihihi...


ehh chia seed ni MAKAN ke MINUMM? hahahaha saya telannnn :P

ini contohhh....

oleh kerana berat naik 3kg ++.... celah manaaaa?? oohhh di pipi kuuuu dan diperuttt kuuu hahahahaa
jomm diet.. ada 3 bulan lebih lagiii seblom 2015 haaaa

pipi dgn perut paling cepattt naikkkk kalo saya makan NASIKKK!!!





 Day 1
 Day 2
Day 3



Taraaaaaaaaaaaa.... hihihihi... mak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

jangan lupa amalkan juga minum green tea

saya bancuh 2 sudu chia seed+2 liter air+green tea
setiap hari


Fenomena Chia Seed / Biji Chia

Bagusnyaa daripada tak tahu, sekarang dah jadi tahu.... sekarang dah jadi fenomena amalkan chia seed ataupun biji chia ni... sharing is caring...

'Makan untuk kesihatan, makan untuk masa depan
Biji Chia, makanan sihat yang semula jadi' 





Makanan semula jadi yang sihat – biji chia

Sejak berkurun-kurun dahulu, biji Chia telah menjadi salah satu makanan utama Indian Amerika barat daya dan Mexico. Biji Chia yang membekalkan tenaga dan menahan lapar menjadikannya terkenal dengan nama 'makanan jarak jauh'. 10 tahun kebelakangan ini, saintis Amerika mendapati nutrien yang dibekalkan oleh biji Chia adalah sama dengan saranan nutrien yang harus diambil oleh manusia yang dicadangkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Di samping itu, pakar pertanian dan pakar nutrisi di Amerika turut mengeluarkan buku-buku tentang biji Chia, memperkenalkan rahsia dan keistimewaan biji Chia, justeru menjadikan biji Chia semakin diterima dan diguna oleh orang ramai sebagai makanan untuk kesihatan dan juga makanan semula jadi yang sihat untuk mengurangkan berat badan.

Kandungan nutrien biji chia

Omega-3:Omega-3 merupakan unsur yang tidak dapat disimpan dalam badan, oleh itu, pengambilan setiap hari adalah diperlukan untuk memastikan sistem badan berfungsi dengan normal. Biji Chia mempunyai kandungan Omega-3 yang tertinggi, setiap 100g biji Chia mengandungi 19.3g Omega-3. Kajian mendapati pengambilan Omega-3 dalam jangka masa panjang membantu meningkatkan tenaga badan, menggalakkan pengaliran darah, membantu pembekalan oksigen dan nutrien, menyingkirkan toksik dalam badan, memperbaharui sel-sel badan, dan secara keseluruhan memperkuatkan sistem imunisasi. DHA juga merupakan unsur berkhasiat yang dapat meningkatkan aktiviti otak, ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih cerdik, memperkuatkan lagi ingatan orang dewasa dan membantu mengelakkan tekanan.

Vitamin B:Biji Chia adalah sumber vitamin B yang baik, kekurangan vitamin B akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan strok. Kandungan vitamin B3 dalam biji Chia adalah lebih tinggi daripada jagung, soya, beras dan biji Safflower.

Boron: Boron merupakan elemen kecil yang boleh membantu penyerapan kalsium, justeru membantu dalam pertumbuhan tulang, mengelak dari osteoporosis dan arthritis. Pada masa yang sama, ia juga boleh menyeimbangkan penghasilan estrogen. Selain itu, biji Chia juga mengandungi kalsium, kuprum, magnesium, kalium, besi, zink dan fosforus yang amat diperlukan oleh badan manusia.

Protein:Biji Chia merupakan makanan yang berprotein, kandungan proteinnya adalah lebih tinggi daripada biji dan gandum yang lain. Kandungan protein dalam biji Chia adalah 19%-23% berbanding dengan beras yang hanya 7%-16%.

Asid amino: Biji Chia mengandungi 18 jenis asid amino, selain daripada 8 asid amino yang diperlukan oleh badan manusia, ia mengandungi asid amino yang anti kegemukan dan asid amino pembakaran lemak. Asid amino yang anti kegemukan akan meleraikan lemak dan menghalang penyerapan sebaik sahaja ia memasuki badan manusia. Manakala, asid amino pembakaran lemak membantu meleraikan lemak terkumpul.

Serabut: Serabut boleh memperbaiki penyakit kencing manis, mengelak penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain. Serabut menambahkan masa untuk penghadaman usus kecil, melambatkan penyerapan glukosa dan penyerapan kolesterol.

Anti-oksidan: Anti-oksidan biji Chia boleh menyekat lemak, protein dan radikal daripada dioksidakan. Anti-oksidannya adalah lebih hebat daripada vitamin C atau vitamin E.

Fungsi biji Chia
Membantu mengurangkan berat badan: apabila terkena dengan air, biji chia boleh mengembang 12 kali ganda ke atas, kemudian terbentuk satu lapisan gel dalam perut untuk melambatkan penyerapan bahan karbohidrat. Biji chia menghasilkan rasa kenyang dan pada masa yang sama teurs membekalkan tenaga untuk mengelakkan segala kesan sampingan daripada proses mengurangkan berat badan.

Mengawal penyakit kencing manis: gel biji chia akan memanjangkan proses penghadaman, keadaan ini membantu untuk mengekalkan aras glukosa, mengelakkan peningkatan kandungan glukosa, ia juga membantu untuk mengawal penyakit kencing manis.

Memperkuatkan jantung: Asid Eicosapentaenoic (EPA) dalam omega-3 berkesan untuk membersihkan saluran darah dan mengelakkan penyekatan saluran darah, manakala serabut yang tinggi juga membantu untuk mengelakkan penyakit jantung.

Membekalkan tenaga: biji chia yang telah menyerap air lebih mudah dihadam dan diserap supaya nutriennya cepat digunakan oleh sel-sel badan. Biji chia yang penuh dengan air juga boleh menyeimbangi elektrolit, mengelakkan dehidrasi. Ia amat membantu untuk kesihatan ibu mengandung, ibu yang menyusu, olahraga dan pembina badan.

Melambatkan proses penuaan: omega-3 dalam biji chia bukan sahaja anti oksidan, malah boleh meningkatkan ketegangan kulit dan mengekalkan wajah muda.
Menyelesaikan masalah sembelit: serabut yang tinggi dalam biji chia membantu menyingkirkan toksik badan, dan menggalakkan metabolisme.

Keistimewaan biji Chia
Kandungan Omega-3 adalah 8 kali ganda daripada ikan Salmon
Kandungan kalsium adalah 6 kali ganda daripada susu
Kandungan zat besi adalah 6 kali ganda daripada sayur bayam
Serat makanan adalah 9.8 kali ganda daripada beras
Kandungan kalium adalah 2 kali ganda daripada pisang

Penggunaan biji chia yang mudah
Tuangkan 1-2 bungkus biji chia ke dalam gelas, kemudian tuangkan 250ml air suam atau jus buah-buahan. Selepas mengacau, biarkan selama 10 minit, ia bleh dimakan apabila gel biji chia terbentuk.





Rabu, 3 September 2014

Khasiat Biji Chia (Chia Seed)

chia seed? biji chiaa?? menatang apo tuuuuuuuuuuuuu??? best sangat ke? dah lama tauuu tapi tak jumpa nak beli kat mana...finally.. ;)

meh bacaaaaaaa..... rugi tak bacaaa tauuu... nanti nyesalll korangg.... hahahaha nak cantek takkk nak cantek takkk???? 

ye bacaaaaaaaa!!! :p

biji chia ni rasa apa???... takde rasa apa punn...
boleh guna utk macam-macammmmmmmmmmmmmmmmm....
buat roti? kek? kuih? smoothiees?
blasahh laa korg hehehehe




Khasiat biji chia yang sudah dikenali segelintir kaum sejak zaman purba lagi diangkat sebagai makanan kesihatan bagi kaum Maya dan Aztec, seperti terkandung dalam catatan sejarah.
Ia kaya dengan omega-3, karbohidrat, protein, serat, kalsium, antioksidan dan mineral yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan penuaan pramatang. Malah ada yang mengatakan biji chia mempu­nyai bahan yang mampu melawan kanser. 


Khasiatnya juga membantu mengurang­kan keradangan, memperbaiki sistem penghadaman, meningkatkan kemampuan kognitif dan mengurangkan kadar kolesterol. 



Secara keseluruhan, biji chia mampu mening­katkan tenaga, menstabilkan kandungan gula dalam darah dan menggalakkan pembuangan toksin dari badan. Malah ia juga membantu kulit tampil lebih segar dan cantik. 
Jangka hayatnya yang panjang memudahkan ia disimpan lama sehingga dua tahun jika berada di tempat yang sejuk dan kering seperti peti ais. 



Dua sudu besar biji chia mengandungi 18 peratus kebaikan kalsium, 35 peratus fosforus, 24 peratus magnesium dan 50 peratus mangan yang membantu mengelak masalah tekanan darah tinggi, mengekalkan berat ideal serta membekalkan tenaga untuk metabolisme badan.

 
Kandungan serat yang tinggi memberikan rasa lebih kenyang dan secara tidak langsung, membantu mengekalkan kenyang lebih lama dan mengawal pemakanan, seterusnya menjaga berat badan. 
Lapisan luarnya akan berubah menjadi gel apabila dicampurkan dengan air, sekali gus memboleh­kan ia digunakan sebagai pengganti telur dalam makanan untuk mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kandungan nutrien makanan. 



Campurkan satu sudu biji chia dengan tiga sudu air dan biarkan selama 15 minit untuk membentuk gel yang diperlukan bagi menggantikan penggunaan telur dalam masakan terutama pastri. 

Bahan cantik semula jadi 
Selain itu, minyak ekstrak daripada biji chia mempunyai kebaikan kecantikan semula jadi kerana bukan saja kaya dengan asid omega-3, ia juga mempu­nyai bahan yang mampu ‘menenang­kan’ kulit bermasalah serta membantu mengembalikan kelembapan wajah. 



Ia menghilangkan kemerahan pada kulit dan mengurangkan masalah kedutan akibat kulit kering. Minyak biji chia boleh disapu di mana-mana bahagian tubuh terutama kawasan kering dan bermasalah untuk mendapat faedahnya. 



Minyak biji chia boleh juga dicampurkan dalam losen bagi memperoleh kelembapan tambahan atau titiskan di tangan dan sapu pada wajah untuk wajah berseri.

 
Minyaknya juga boleh disapu pada wajah bagi mengelak solekan daripada mudah terjejas atau membentuk garisan sekiranya kulit terlalu kering. 



Sapukan pada bibir untuk mendapatkan kesan lembap selain me­ngurangkan garisan pada bibir dan kedutan di sekeliling mulut.

credit to MR GUGEL...

 eh lupa plakkk... kat cosway ade.. RM38 untuk 500gm


Rabu, 20 Ogos 2014

Resepi Menu Atkins: 'Nasi' lemak

Oleh kerana ramai bebenauuu yang terliurr tgk gambar 'Nasi' (cauliflower) lemak atkins nii kat FB saya... meh laa nak share kejap.. sonangg yoo pejam mata siappp dah

Bahan-bahan utk nasi lemak - bunga kobis (cauliflower):
1. Bunga kobis sagat halus2
2. Daun Pandan
3. Santan kotak

Cara:
Sagat bunga kobis tu, lepas tu kukus bersama daun pandan buh santan (kotak) skit jerkkk jgn byk2.. 1 sudu teh je.. (ikut suka).. dalam 5 - 10minit.. waaaaaaaaaaaaaa bauuu naikk siotttt sebijikk cam masak nasi lomak kauuuu.... hahahaha... dah siapp!!


 hidang dgn sambal sket+telur+timun+ikan bilis goreng
sejibikkkk macam nasi lomakk wooo...

tak caye???

 

jangan lupa minum green tea ye!
byk khasiatt tauu..

k bai!
;)


Selasa, 19 Ogos 2014

Resepi Menu Atkins: Telur ayam berkurma

Resepi ni saya dapat dari group kelab diet atkins.. tapiii tak igtt bilaa dan siapaaa... pastu saya cuba buat tambah tokok sket..

Bahan-bahan:
1. Telur (ikut suka nak brapa biji)
2. Isi ayam (boleh guna daging/ayam cincang/tuna) - ikut suka
3. Bwang holland/bwg putih/halia (nak pedas tmbh cili sikit)
4. Serbuk kurma
5. Daun bawang
6. Cheese
7. Salad/tomato ceri

Cara:
Tumis bawang2 tu dan masukkan serbuk kurma pastu masukkan ayam. Dah masak angkat asingkan. Masakkan telur dadar.. pastu masukkan ayam yang dah masak tadi... letak sebelah bahagian je sebab nanti nak lipat kan... last sekali tabur cheese, hidang dengan salad/tomato ceri.. siappp

tatau nk bg nama apa... hahahaha


Isnin, 18 Ogos 2014

Resepi Menu Atkins: Cauliflower Soup


Sup ni memangg sedapppp... tak caya cuba buat...

Bahan-bahan:
1.Kobis bunga (cauliflower) potong2
2. Isi ayam
3. bawang merah sikit
4. bawang putih sikit
5. Garam sket (jgn byk2...utk bg rasa je
7. daun sup

Cara:
Rebus semua bahan2 tersebut kecuali daun sup tauuu hahaha... pastu blend.. siapp tabur daun sup




Raikan Syawal bersama Pullman, Open House

Terima kasih Pullman Hotel KL atas jemputan Majlis open house Raikan syawal - open house jumaat lepas... Jangan salah sangka tauuuu.. bukan BOS yang banje we olss...nooo nooo noo! hahha...kami di jemput khas... maklomlaaa saya kan besprenn ngan dorangg... hahahaha best pren bila minta qout. ngan payment gituu...

Bagi saya Pullman KL Bangsar the bestt!! (nanti saya cerita pengalaman dok kat sini)


Finally dapat gak makan rendang lemang dan nasi impit kuah lodehhh... nyummmmmyy...
semua sedapppp2... eh macam mkn semua kauu... hehehe..
satay jugak sedappp dgn kuah kacangg... mavelessss...
saya suka nenas tuuu... manisssss.. manaa biliiii??
hahaha...
makanan2 kat sini boleh tahan sedappppp nyummmm2
2 suku round je punn.... lepas tu masing2 semua dh x laratt hahaha...

tapi org lain seploh kali round kuar masuk amek mkanan... tuu diaaaa hebatttt kann...
byk betul space prot dorg.. hihi

aarghh rindu bantall pullmann nii... letak kepala jerkk tenggelamm terus lenaaa.. 
x mcm otel lainnn... dlm byk2 otel saya duduk.. bantal pullman saya takleh lupaa laaa

bilik dia best! skang ada promosi agodaa dr RM600++ boleh dapat RM250++... 



Bee Hives Bun

sapa dah cuba makan roti sarang lebah ni??? coba jangan tak coba uolss... sodappppp tak terkata... pergi cari cepatt haha! 

1st time makan roti ni... siap gugel cam mana nak tabur sos dia tuuuuuuuuuuu? hahaha maklom laa tak pernah rasa...

tengok belum sempat nak tuang sos dia dah hilang 2 ketolll??
pastu tak sampai 1 jam dah licinnn... hahahahaha

memang sedappppppp.. aduii dah terbayang2 bila tgk gambr ni...

p/s: jangan minta resepi tau.. ni kite oder je dgn jiran sebelah rumah haha!


Ahad, 17 Ogos 2014

Resepi Menu Atkins: Salad ayam dengan mayo

ni paling simple..

Bahan-bahan:
1. Ayam - digrill/goreng/rebus - pastu carik2 kan gaul dgn mayo+blck paper
2. salad
3. timun jepun (takyah laa buh bawang tu.. hehehe rasa kureng)


tadaaa siappppppp!!!
yang ni... ayam saya grill (perap dulu kalo nk sedap)

yang ni ayam tu saya rebus buh halia bwg putih dan garam sket...

 kalau malasss... beli je ayam siap goreng tu... 



Sabtu, 16 Ogos 2014

Resepi Atkins: patties beef/chicken

dah jemu makan tulurrrrr?? hehhehe kamonnnn uolsss... meh cuba buat sendiri pattiess ni.gam.. 

Bahan-bahan:
1. Daging/ayam cincang
2. Bawang merah/putih skit - cincang2 halus
3. Garam skit jek..
4. Serbuk oregano/italian herbs
5. Daun sup/bawang

gaul semuaa... pastu bentukan.. tepek2 atas pan grill siapp! takyah buh mykk sebab daging/ayam tu dah kuarkan myk.. nak wangi buh butter sket... pastu celop dalam telur dan masak balik.. ikut citarasa nasing2... pastu buh cheese perghhhhhhhhhhhhhh nyummnyy


haaaaaaaaaaaa boleh??..
sumpah sedapp tau..
makan ngan salad bagai...

k bai!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selamat Ulang Tahun Sayang....