Pengikut

Khamis, 6 Jun 2013

Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland


Mimaland?? zaman dulu2 ni tempat ni sangat2 popular,... zaman dulu saya pernah ke sini... masa tu kecik lagi tak ingat dah rupa macam mana... maklum la zaman tu akak2 abang2 bawa saya ikut je kan... bukan senangg nak ke KL... dulu2 hidup susah mana ada keta...orang kampung yoo.. huwaaaaaa (tetibe kann...lempang karanggg hahaha) 

kemana menghilangnya MIMALAND?? misteri sungguhh.... jomm bacaaa...

Tidak ramai yang menyedari lokasi sebuah pusat taman rekreasi Mimaland yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun taman itu telah ditutup atas beberapa kes mahkamah yang dihadapi.

Melayukini.net – Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland | Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland mula dibina dalam tahun 1971.. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.




Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

 Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah.
 ..tetapi kini pintu masuk ke alam angker
 Basikal air kini tinggal kenangan..
 Van company

 Suatu ketika dahulu merupakan ofis taman rekreasi

 Dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas
 Jalan ke Mimaland ini dahulunya sibuk, sekarang sunyi sepi dan menyeramkan

Antara petikan angker dari forum Cari:

salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..
tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe
jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…
berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..

Credit to: 
Melayukini.net - Biasalah, tempat dah ditinggalkan bertahun-tahun sudah tentu berpenunggu. Walaubagaimanapun, penutupan tempat ini bukanlah disebabkan kecuaian 100% pihak taman rekreasi ini, akan tetapi adalah masalah struktur tanah yang kita sendiri tidak boleh jangka. Sudah tentu pemiliknya rugi bernilai jutaan ringgit.





14 ulasan:

AzieFirdaus Kamarudin berkata...

sis..saya membesar kat greenwood tu n mimaland nih mmg tmpt bermain la tu..sedey bila baca entry nih...mengingatkan kembali kenangan lalu...sayang kan mimaland kini hanya tinggal kenangan...huhu

Aiza Haris berkata...

tu laaaa... tinggal cam tu jerr... terkejut gakk bila baca semua ni.. at least bersihkan laa skit...wat ubahsuai baru ke...kann

Dee berkata...

bila baca kisah mimaland ni k dee pun rasa sedih..sbb dulu arwah abang pergi mimaland dengan kawan2 dia..k dee tgk gambar2 dorang enjoy sakan naik slide gergasi tu..k dee pun imaginelah dah besar sok nak pergi..tapi tak berkesempatan nampaknya..huhu..

AzieFirdaus Kamarudin berkata...

tu la sis...bagus jugak kalo ada pihak yg bangunkan semula tmpt tu kan???tapi tu la..takut geologi kat situ x ok da kot...huhu *konon2 mcm pandai geografi...hihi...

miazara ina berkata...

ble akak cite bab ni..br tringat tempat lama yg mmg jd hot suatu ketika dulu

adianiez AIDA berkata...

yes. aida pun baru teringat mimaland ni... hmmm gitu ekk kisah nyer... mimaland ni time aida skola rendah glamer. tak sedar da tutup and hilang terus dr diari malaysia...

sayang nyer la...!!!

Liza Licha berkata...

tak pernah dgr plak tempat ni.. tapi wahh.. menyeramkan nyer.

Adilah Manaf Celik Vitamin berkata...

Spooky tengok gambar tu.

Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!

Shamz Johan berkata...

ini adalah link di mana penulis asal mendapatkan sumber dar thread cari forum berkenaan dengan kisah the others clan ke mimaland

Shamz Johan berkata...

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=531578&extra=&page=29

luapa nak bagi link nya

Mdriz Zam berkata...

Apa kata skrg,hidupknlah semula Mimaland yg baru..aku rindu...kekadang aku gi lalu tgok walaupun tahu Mimaland dh x wujud lagi..

Mdriz Zam berkata...

Apa kata skrg,hidupknlah semula Mimaland yg baru..aku rindu...kekadang aku gi lalu tgok walaupun tahu Mimaland dh x wujud lagi..

Halim Brothers berkata...

Dah lama tak pergi tengok..

http://halimbrothers.com/aktiviti-paranormal-di-mimaland/

jentik berkata...

salam saya pernah dengar dulunya tentang MIMALAND ni,tapi tidak tahu pula ada taman tema.. tapi hari ahad semalam 15/5/2016 baru berpeluang kesana dgn menyertai satu kayuhan amal menggunakan basikal..binaan-binaan dinasor lebih kurang dalam 10 ekor masih utuh lagi wujud disitu..saya berkesempatan jugalah mendaki bukit utk bergambr bersama 3,4 ekor dinasor tu.. binaan-binaan lama masih wujud,seperti bilik-bilik motel,ofis dan pintu masuknya pun masih utuh tersergam..betullah apa yang rakan saya ceritakan semlm tentang kes kematian warga singapor tu..sayang kawasan tu tak dibaik pulih oleh kerajaan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selamat Ulang Tahun Sayang....