Pengikut

Rabu, 3 September 2014

Khasiat Biji Chia (Chia Seed)

chia seed? biji chiaa?? menatang apo tuuuuuuuuuuuuu??? best sangat ke? dah lama tauuu tapi tak jumpa nak beli kat mana...finally.. ;)

meh bacaaaaaaa..... rugi tak bacaaa tauuu... nanti nyesalll korangg.... hahahaha nak cantek takkk nak cantek takkk???? 

ye bacaaaaaaaa!!! :p

biji chia ni rasa apa???... takde rasa apa punn...
boleh guna utk macam-macammmmmmmmmmmmmmmmm....
buat roti? kek? kuih? smoothiees?
blasahh laa korg hehehehe




Khasiat biji chia yang sudah dikenali segelintir kaum sejak zaman purba lagi diangkat sebagai makanan kesihatan bagi kaum Maya dan Aztec, seperti terkandung dalam catatan sejarah.
Ia kaya dengan omega-3, karbohidrat, protein, serat, kalsium, antioksidan dan mineral yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan penuaan pramatang. Malah ada yang mengatakan biji chia mempu­nyai bahan yang mampu melawan kanser. 


Khasiatnya juga membantu mengurang­kan keradangan, memperbaiki sistem penghadaman, meningkatkan kemampuan kognitif dan mengurangkan kadar kolesterol. 



Secara keseluruhan, biji chia mampu mening­katkan tenaga, menstabilkan kandungan gula dalam darah dan menggalakkan pembuangan toksin dari badan. Malah ia juga membantu kulit tampil lebih segar dan cantik. 
Jangka hayatnya yang panjang memudahkan ia disimpan lama sehingga dua tahun jika berada di tempat yang sejuk dan kering seperti peti ais. 



Dua sudu besar biji chia mengandungi 18 peratus kebaikan kalsium, 35 peratus fosforus, 24 peratus magnesium dan 50 peratus mangan yang membantu mengelak masalah tekanan darah tinggi, mengekalkan berat ideal serta membekalkan tenaga untuk metabolisme badan.

 
Kandungan serat yang tinggi memberikan rasa lebih kenyang dan secara tidak langsung, membantu mengekalkan kenyang lebih lama dan mengawal pemakanan, seterusnya menjaga berat badan. 
Lapisan luarnya akan berubah menjadi gel apabila dicampurkan dengan air, sekali gus memboleh­kan ia digunakan sebagai pengganti telur dalam makanan untuk mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kandungan nutrien makanan. 



Campurkan satu sudu biji chia dengan tiga sudu air dan biarkan selama 15 minit untuk membentuk gel yang diperlukan bagi menggantikan penggunaan telur dalam masakan terutama pastri. 

Bahan cantik semula jadi 
Selain itu, minyak ekstrak daripada biji chia mempunyai kebaikan kecantikan semula jadi kerana bukan saja kaya dengan asid omega-3, ia juga mempu­nyai bahan yang mampu ‘menenang­kan’ kulit bermasalah serta membantu mengembalikan kelembapan wajah. 



Ia menghilangkan kemerahan pada kulit dan mengurangkan masalah kedutan akibat kulit kering. Minyak biji chia boleh disapu di mana-mana bahagian tubuh terutama kawasan kering dan bermasalah untuk mendapat faedahnya. 



Minyak biji chia boleh juga dicampurkan dalam losen bagi memperoleh kelembapan tambahan atau titiskan di tangan dan sapu pada wajah untuk wajah berseri.

 
Minyaknya juga boleh disapu pada wajah bagi mengelak solekan daripada mudah terjejas atau membentuk garisan sekiranya kulit terlalu kering. 



Sapukan pada bibir untuk mendapatkan kesan lembap selain me­ngurangkan garisan pada bibir dan kedutan di sekeliling mulut.

credit to MR GUGEL...

 eh lupa plakkk... kat cosway ade.. RM38 untuk 500gm


2 ulasan:

adam berkata...

Wife pun ada beli chia seed kat 11street 3 packs 200gram/each offer RM 40, free postage. Order 20hb, hari ni terima. Wife masukkan dalam air mineral. Rasa macam selasih je, boleh diterima tekak. Banyak khasiat berbaloi jugak beli. Harga pun berpatutan sangat.

Nasibah Ahmad berkata...

bila rendamkan chia seed lama dalam air dlm 2, 3 hari. chia seed mcm bertunas seperti taugeh. memamng macam tu ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selamat Ulang Tahun Sayang....