Pengikut

Ahad, 22 September 2013

Suamiku Encik Perfect 10

Astro Movie akan datang di adaptasi daripada sebuah Novel Suami Ku Encik Perfect 10! tak tahu bila akan ditayangkan... tunggu je laa

Saya sebanarnya terjumpa gambar novel ni dari insta Lisa Surihani, lepas tu terrus gugel dan terus beli! hahaha semangattt kan! dorang kata ceta ni best giler.. harap2 cerita dalam novel ni sama dlm movie tu nanti....

smlm beli dan smlm gak start bacaa.... awal2 baca dh best...dah ada watak2 romentik kelakar... tak sabar nak habiskan... hehe


 siapa pelakon2 nyaaa????


1.Aaron Aziz sebagai Zariel Daniel
2.Lisa Surihani sebagai Aleeya
3.Syazwan Zulkifly sebagai Syed Muzaffar
4.Jasmin Hamid sebagai Puan Yazmeen
5.Normah Damanhuri sebagai Toh Puan Zaharah

watak Azura je saya tatau siapa?


waaaaawaaaaa Aron ajiss as HERO dan Lisa as Heroinnn.... saya rasa kalo drama bersiri lagi besttt ni kannn...
 saya dh boleh bayangkan watak Jasmin Hamid (Pn Yazmeen) jadi ibu kepada Lisa (Aleeya)
memang sessuaiii sgt kott.. 
Watak Hero Aron Aziz (Zariel Daniel) sebagai 'suami seminggu' hahaha mmg romentikk habiss 
Tok Puan Zaharah yg garanggg dgn loghat utaraa noooo
 dia ni pun sesuaii kot jadi Syed Muzaffar 'Far' yang telah mebghancurkan 'hidup' dan masa depan Aleeya

siapa laa yng jadi tunang Zarief Danial - AZURA tu eh?

SINOPSIS:

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. 
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

3 ulasan:

adianiez AIDA berkata...

wah novel! aida tak suka bc novel hi hi hi... suka tgk movie ajer...

Admin berkata...

Baru tahu cerita ni ada novel. Tapi tadi ada tengk trailer n intro filem ni dekat tv. so far mcm best hehe..

http://alola.my/125/suamiku-encik-perfect-10-ragam-mak-tok.html

ieyzasayang berkata...

best .. betul2 best citer nya. dah tgk td ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selamat Ulang Tahun Sayang....