Pengikut

Rabu, 1 Jun 2011

Bait Cinta

mlm tadi saya TERlayan drama ni di TV9..... macam bestt... terus gugell kat intenet.... ceta ni cam ceta novel laaa...cam pernah baca tapi tatau tajuk ape.....sekarang saya tatau dh brapa episod..... sape tgk? :D

"Drama bersiri yang penuh dengan unsur-unsur kasih sayang dan pengorbanan ini bermula dengan Hazri, lakonan Riz Ainuddin yang merupakan anak tunggal kepada seorang hartawan. Sejak kematian bapanya, Hazri dipertanggungjawabkan untuk mengurus perniagaan bapanya, Khalifah Holding. Hazri tidak pernah merasai kesusahan kerana ibunya Maria, lakonan Rozie Othman, tidak pernah menolak permintaan anak kesayangannya sejak kecil sehinggalah apabila dewasa, Hazri tidak lagi tahu membezakan yang mana halal dan haram. Hazri amat boros dan suka berjoli, apatah lagi dengan kehadiran Jeff (Azhar Sulaiman), sahabat baiknya yang sentiasa menunggu peluang menumpang kesenangan Hazri.

Maria berasa kesal dengan perbuatan dan perangai Hazri yang telah jauh menyimpang. Akhirnya Maria membuat keputusan untuk menjodohkan Hazri dengan seorang gadis kampung bernama Ana. Ana, lakonan Eira Syazira, merupakan seorang ustazah dan Maria berharap kemunculan Ana dapat membantu Hazri kembali ke jalan yang benar. Hazri tidak setuju dengan cadangan ibunya tetapi terpaksa akur apabila ibunya ingin menarik semula semua saluran kewangannya dan memecat Hazri dari Khalifah Holding.

Selama perkahwinan mereka, Ana tidak dilayan oleh Hazri sebagai suaminya. Hazri sering keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan di luar. Pada hari ulangtahun Hazri, Ana telah menyediakan kek untuk menyambutnya bersama Hazri tetapi tidak diendahkan oleh Hazri. Malah Hazri keluar menyambutnya bersama kawan-kawannya. Tetapi ketika di dalam perjalanan, Hazri teringatkan isterinya yang kesedihan dan timbul perasaan bersalah dan kasihan kepada isterinya, lalu pulang ke rumah."


Ana dan Maria berasa sangat bersyukur dengan perubahan Hazri yang lebih mengutamakan keluarga terutamanya isterinya, Ana. Namun di dalam kebahagian itu, mereka terpaksa menempuhi pelbagai dugaan yang melibatkan kandungan Ana dan cinta yang tidak diduga oleh Hazri terhadap rakan sekerjanya Shahnaz lakonan Natasha Hudson. Pada masa yang sama Ana pula berasa simpati terhadap seorang wanita mualaf, Nur Syuhada (Charmaine Poo) yang sentiasa didera oleh suaminya, Iqmal. Ana dan Hazri cuba menasihati suami Nur Syuhada namun lain pula yang timbul. Fikiran Iqmal telah diracun oleh Jeff dan menuduh Hazri mempunyai hubungan sulit dengan isterinya Nur Syuhada lalu menjatuhkan talak ke atasnya.

Adakah Ana akan membuat pengorbanan terhadap cintanya kepada Hazri dengan membenarkan Hazri berkahwin dengan Shahnaz atau Nur Syuhada? Mungkinkah Nur Syuhada tersasar jalan sebagai mualaf kerana kecewa diceraikan oleh suaminya?




SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2011/05/bait-cinta-tv9.html#ixzz1O03kxWia

Sinopsis Bait Cinta:

Kisah tentang suka duka hidup bermadu 3 orang wanita, Ustazah Kirana (lakonan Eira Syazira) ialah isteri pertama, Chermaine Poo sebagai isteri kedua bernama Syuhada dan Natasha Hudson sebagai Sharnaz isteri ketiga. Si suami pulak ialah Hariz (Risz Ainudin). Sharnaz ialah pekerja di bawah majikannya bernama Hariz, dia jatuh cinta dengan bos sendiri dan telah mendapat keizinan dari isteri pertama untuk berkahwin dengan Hariz.

Ustazah Kirana simpati dengan Sharnaz kerana Sharnaz menghidap kanser. Sebagai isteri pertama, Ustazah Kirana jugak pasti perlu membantu dan membimbing madunya Syuhada yang baru memeluk Islam. Kisah hidup bermadu dalam drama ni tidak ada scene scene bergaduh berebut suami, atau pergaduhan tarik rambut, tapi penonton akan dibawa menyelami kisah hidup bermadu yang lebih menerap ciri ciri keluarga Islam.



Read more: http://nurizspace.com/2011/05/sinopsis-bait-cinta-slot-ratu-di-tv9.html#ixzz1O062CdFQ

abes laaa pasni TV9 saya konkerrr... hahaha


1 ulasan:

ArELeEz berkata...

owh.. leez xtgk. harap maklum. he3.. tp, skang mmg trend wat drama adaptasi dari novel jerk. leez tggu gak kot2 ada yg adaptasi novel jgn ada benci by zuraidah othman ke drama. sbb novel tu best!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selamat Ulang Tahun Sayang....